Asalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Tujuan saya menulis blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan juga pandangan mengenai isu-isu semasa, pengalaman hidup dan mungkin juga masalah-masalah yang kita sering lalui dalam kehidupan seharian kita.
Untuk permulaan, marilah kita mengimbau kembali detik-detik permulaan hidup kita sejak kecil hinggalah sekarang. Mesti ada sahaja perkara yang kita dapati sangat indah, ada juga yang sedih dan ada juga yang kita tidak mahu ingat lagi . Itu adalah pengalaman hidup! pengalaman hidup sangat unik walaupun kita hanya boleh membahagikan ia kepaada tiga aspek iaitu bahagia, sedih, dan malu, namun jika kita diminta untuk menceritakan segala pengalamn hidup, pastinya begitu banyak sahaja perkara yang ingin diluahkan bahkan mungkin seseorang memerlukan paling kurang satu buku yang tebal untuk menceritakan perkara yang berlaku dalam hidupnya.
Perkara pertama yang dapat saya ulas apabila kita membincangkan tentang kehidupan ialah cabaran.
Cabaran adalah perkara yang penting dalam menentukan samada hidup kita memberi makna ataupun tidak.
Selasa, 6 Oktober 2015
Cerita Bermula.
Dicatat oleh Fitri_fit di 6:28 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan